My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 13 October 2016

    Trump Terus Ketinggalan



    Calon Presiden Amerika Syarikat(AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump semakin jauh ketinggalan di belakang pesaingnya daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton, menurut keputusan tinjauan pendapat terbaharu kelmarin. 

    Tinjauan pendapat oleh Reuters/Ipsos itu mendapati Trump, 70, ketinggalan lapan peratus di belakang Clinton dengan satu dalam setiap lima penyokong Parti Republikan bersetuju beliau tidak layak menjadi Presiden AS kerana komen biadapnya terhadap wanita. Tinjauan pendapat itu diadakan selepas debat presiden kedua malam Ahad lepas.

    Semasa debat itu, Trump menerima tekanan supaya memberi penjelasan tentang komennya mengenai perbuatan meraba kemaluan wanita dalam satu rakaman video pada 2005. Beliau menyifatkan komen tersebut sebagai cakap-cakap kosong antara lelaki dan memohon maaf kepada rakyat AS.

    Keputusan tinjauan pendapat Reuters/Ipsos yang disiarkan kelmarin menunjukkan Clinton mengatasi Trump dengan lapan peratus berbanding lima peratus minggu lalu. Ketika diminta untuk memilih antara dua calon tersebut, sebanyak 45 peratus pengundi AS mengatakan bahawa mereka menyokong Clinton, manakala 37 peratus memihak kepada Trump.

    Baki 18 peratus pengundi pula menolak kedua-dua calon itu. Trump tertekan untuk kembali mendapatkan sokongan rakyat AS selepas berpuluh-puluh wakil rakyat menolaknya susulan debat presiden pada hujung minggu lalu.

    Semasa debat Presiden itu, Trump mengutuk cara Clinton mengendalikan maklumat sulit ketika memegang jawatan Setiausaha Negara AS. Malah, Trump turut mengugut akan memenjarakan Clinton sekiranya dipilih sebagai Presiden AS.

    Dalam kalangan mereka yang menonton debat tersebut, sebanyak 53 peratus menyatakan bahawa Clinton akan memenangi pilihan raya Presiden AS pada 8 November depan berbanding 32 peratus yang memilih Trump.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump Terus Ketinggalan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top