My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 October 2016

    Vida Didakwa Tidak Bayar GST RM4.2j




    Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman mengaku tidak bersalah terhadap 32 pertuduhan iaitu gagal mengemukakan penyata dan membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai kira-kira RM4.2 juta di Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

    Pemilik syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. itu yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida kemudian terpaksa membayar wang jaminan sebanyak RM1.76 juta.

    Mengikut pertuduhan, Vida, 45, pada 11 Februari hingga 22 September 2016 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Ipoh di sini telah gagal membayar cukai bernilai kira-kira RM4.2 juta bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai 2016.

    Sebanyak 16 pertuduhan melibatkan kegagalan membayar cukai disiasat di bawah Seksyen 41(7) Akta GST 2014. Ibu kepada dua anak itu turut gagal mengemukakan penyata GST-03 bagi tempoh cukai waktu sama dan berdepan dengan 16 pertuduhan yang disiasat di bawah Seksyen 41(6) Akta GST 2014.

    Berdasarkan enam peratus cukai GST yang dikenakan JKDM, hasil jualan produk-produk syarikat Vida dianggarkan kira-kira RM70 juta bagi tempoh 16 bulan itu. Kesemua 32 pertuduhan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Vida Didakwa Tidak Bayar GST RM4.2j Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top