My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 October 2016

    Warga Indonesia Maut Terjatuh Dari Tingkat Tiga


    Seorang lelaki warga Indonesia maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bilik sewanya dalam kejadian di Centre Point di sini, kelmarin. Dalam kejadian pada jam 10.40 malam itu, lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan berdiri di tingkap tandas dan terjatuh. 

    Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, lelaki terbabit menyewa bersama seorang rakannya di rumah itu dan bekerja di pasar berhampiran. Menurutnya, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

    “Seorang saksi mendakwa ternampak lelaki itu memanjat tingkap bilik air sebelum terjatuh dan meninggal dunia. Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

    Katanya, polis akan mengambil keterangan daripada rakan sebilik lelaki itu untuk mengetahui punca sebenar. “Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada majikannya untuk urusan pengebumian,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Warga Indonesia Maut Terjatuh Dari Tingkat Tiga Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top