My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 28 November 2016

    Api Di Israel Mula Padam




    Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melanda Israel dan penempatan di Tebing Barat yang memaksa berpuluh-puluh ribu orang meninggalkan rumah dan menyaksikan lebih 20 orang ditahan, kata pihak berkuasa semalam. 

    “Tidak ada lagi kebakaran yang aktif. Sejak malam semalam, suasana agak aman, kami tidak mempunyai sebarang aktiviti,” kata jurucakap perkhidmatan kebakaran dan keselamatan, Yoram Levy kepada AFP.

    Sejak Selasa lalu, anggota bomba Israel berhempas-pulas memadamkan kebakaran belukar yang melanda seluruh negara dan tiba di bandar utama, Haifa pada hari Khamis sekali gus memaksa beribu-ribu orang meninggalkan kediaman mereka.

    Pesawat pemadam kebakaran dari Israel dan beberapa negara termasuk Rusia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol dan Kanada turut membantu menyiram bertan-tan air untuk mengawal kebakaran. Palestin turut menyertai usaha tersebut dengan menghantar 41 orang anggota bomba bersama lapan jentera.

    Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut berterima kasih kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas kerana membantu negara itu mengawal kebakaran. Netanyahu menghubungi Mahmud di sebelah petang kelmarin untuk melahirkan rasa terima kasih atas bantuan yang diberikan, kata kenyataan pejabat.

    Dalam pada itu, pihak berkuasa Israel mengesyaki bahawa beberapa kebakaran mungkin dikaitkan dengan jenayah rentetan daripada konflik Israel-Palestin. Polis telah menahan 23 orang suspek yang disyaki dan menyoal siasat tujuh yang lain.

    Lebih 404 hektar tanah di utara Israel musnah dalam kebakaran tersebut. Cuaca kering dan berangin menjadi punca kebakaran merebak dengan pantas, menurut pegawai alam sekitar Israel.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Api Di Israel Mula Padam Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top