My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 November 2016

    Belum Mahu Menyerah Kalah




    SKUAD Harimau Malaysia enggan mengibar bendera putih terlalu awal biarpun berdepan laluan sukar untuk menempah slot separuh akhir Piala AFF Suzuki 2016 kerana bakal berdepan pasukan tuan rumah, Myanmar di Stadium Thuwunna esok. 

    Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee tekad bangkit setelah dikecewakan Vietnam 0-1 pada aksi kedua Kumpulan B kelmarin. Pemain pertahanan negara, Muhammad Shahrom Abdul Kalam optimis skuad negara mampu menewaskan Myanmar biarpun beraksi di hadapan ribuan penyokong pasukan lawan.

    “Saya masih positif dengan peluang pasukan kita melangkah ke separuh akhir walaupun kalah kepada Vietnam semalam,” ujarnya.

    Penyerang Johor Darul Takzim, Safee Sali pula berkata, dia bersama rakan-rakan sepasukannya kekal tenang untuk mengatasi tekanan itu selain optimis mampu menewaskan Myanmar sama seperti skrip pada Piala AFF Suzuki 2014 menundukkan pasukan tuan rumah, Singapura 3-1.

    “Moral pemain sangat baik dan saya juga yakin kami mampu menangani tekanan. Pasukan tuan rumah yang seharusnya tertekan kerana bermain di tempat sendiri,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Belum Mahu Menyerah Kalah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top