My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 26 November 2016

    Dirogol Bapa Depan Ibu Sendiri



    Seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya hingga hamil tujuh minggu bahkan melakukan perbuatan terkutuk itu di hadapan isterinya pada pertengahan bulan ini di rumah mereka di Kampung Sinjan, Petra Jaya di sini. 

    Suspek berusia 40 tahun yang merupakan penganggur dan penagih dadah itu disyaki merogol anak perempuannya yang berusia 17 tahun ketika mangsa sedang tidur dalam bilik.

    Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, ekoran tidak tahan dengan perbuatan durjana bapanya sejak Julai tahun lalu, remaja berkenaan nekad membuat laporan polis semalam.

    “Berdasarkan laporan, mang­sa yang merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di sini dirogol setiap bulan oleh bapa kandung­nya itu. 

    “Bertindak atas laporan, polis berjaya menahan suspek di rumahnya pada pukul 10.30 pagi semalam,” katanya ketika dihubu­ngi media semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dirogol Bapa Depan Ibu Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top