My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 27 November 2016

    Empat Beradik Terima Ijazah Sarjana Pendidikan Serentak



    Kerjasama, saling mempercayai dan bertolak ansur menjadi resipi kejayaan empat beradik apabila mereka berjaya menerima Ijazah Sarjana Pendidikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-18 di Dewan Canselor di sini semalam. 

    Baidi Baddiri, 42, dan tiga adiknya, Basni@Basri, 39, Nazari, 34, dan Ranidah, 32, menerima Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) yang disampaikan Canselor UMS, Tun Juhar Mahiruddin.

    Baidi merupakan tenaga pengajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) manakala Basni berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Mansud, Kuala Penyu di sini. Nazari dan Ranidah masing-masing bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens, Kiulu dan SK St. Stephen, Kuala Penyu.

    Menurut Baidi yang juga anak ketiga daripada lapan beradik, keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dibuat sejak dua tahun lalu selepas berbincang dengan tiga adiknya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Empat Beradik Terima Ijazah Sarjana Pendidikan Serentak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top