My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 24 November 2016

    Evolusi Sun Dan Moon


    Tempoh 20 tahun mungkin dianggap fasa pendek yang berlalu sekelip mata. Namun, bagi peminat francais gergasi Pokemon, angka 20 dianggap hadiah paling dinantikan apabila Pokemon Sun dan Moon dikeluarkan di pelantar Nintendo 3DS, baru-baru ini. 

    Pastinya francais popular di serata dunia ini tidak mensia-siakan penantian sekian lama. Justeru, peminat dijamin dengan kandungan, mekanisme dan konsep menarik Pokemon alaf baru dengan pengumuman Sun dan Moon.

    Sudah tentu perubahan paling ketara boleh dilihat dari lokasi ditawarkan iaitu rantau Alola yang penuh dengan Cabaran Pulau untuk ditempuh anda. Sebelum ini, kita acap kali disajikan cabaran gimnasium namun kini semuanya berubah.

    Terdapat kuiz dan tugasan yang membawa anda mengenali Pokemon itu dengan lebih dekat di samping memanfaatkan penerokaan pulau itu dengan sebaiknya.

    Keunikan Alola

    Sesuai dengan namanya, Alola digambarkan sebagai rantau yang paling berbaloi diteroka dari segi ganjarannya. Disebabkan tema Hawaii yang diketengahkan, Alola direka dengan iklim tropika yang menjadikan Pokemon generasi pertama lebih berwarna-warni.

    Grimer dan Exeggutor misalnya mengalami transformasi untuk menyesuaikan diri dengan ekologi Alola yang terbahagi kepada empat pulau utama dan satu gunung berapi. 

    Lebih mesra pengguna

    Permainan Pokemon sememangnya mudah dimainkan dan dipelajari oleh sesiapa saja memandangkan sistemnya yang mesra pengguna. Sun dan Moon juga tidak terkecuali. Antaramuka didapati lebih kemas dan kini setiap gerakan Pokemon lebih terperinci.

    Sistem HM sebelum ini yang terhad juga digantikan dengan Poke Ride. Di rantau Alola, anda mempunyai kebolehan memanggil Pokemon berbeza jenis untuk melaksanakan gerakan yang diinginkan.

    Sebagai contoh, anda boleh menunggang Pokemon di atas air, menghancurkan batu dan lain-lain. Sistem ini sangat dialu-alukan kerana ia tidak merimaskan anda lagi untuk menukar Pokemon setiap kali dihalang oleh batu besar dan air misalnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Evolusi Sun Dan Moon Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top