My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 28 November 2016

    FB Diambil Alih, Hafidz Roshdi Dibebani Masalah


    Pelakon Hafidz Roshdi dibebani pelbagai masalah apabila akaun Facebook (FB) miliknya Hafidz Roshdi diambil alih individu tidak bertanggungjawab sejak empat bulan lalu. 

    Menurut Hafidz, individu yang menjadi pengendali akaun itu bertindak menyingkirkannya sebelum memuat naik pelbagai promosi produk kecantikan lain yang dianggap melanggar kontraknya sebagai duta produk sedia ada.

    "Sejujurnya saya mengenali pengendali akaun itu sekarang. Dia seorang lelaki. Memang pada mulanya saya memohon bantuannya untuk mengendalikan akaun itu. Tetapi tak sangka pula sebulan selepas berkahwin, saya disingkirkan sebagai salah seorang pengendali akaun.

    "Sejak itu juga banyak promosi yang dimuat naik membabitkan produk kecantikan lain. Perkara itu menimbulkan persoalan kepada banyak pihak terutama pengasa produk yang melantik saya menjadi duta mereka.

    "Menyedari perkara itu, saya terus mewujudkan akaun FB baru menggunakan nama Muhammad Hafidz Roshdi. Bukan apa, nama saya jadi busuk disebabkan tindakan kurang bermoralnya itu," katanya kepada media.

    Hafidz yang juga pelakon Mr Donat Karamel berkata, disebabkan tindakan pengendali itu dia nyaris berdepan tindakan undang-undang kerana dikatakan melanggar kontrak. Hafidz turut menjelaskan dia sudah bertemu pengendali itu bagi menyelesaikan masalah berkenaan namun pihak terbabit berkeras. 

    "Sebelum isu membabitkan kontrak saya sebagai duta produk menjadi hangat, saya terlebih dahulu bertemu individu berkenaan. Tujuannya supaya dia menyerahkan semula akaun saya. Malangnya dia berkeras dan meminta sejumlah bayaran. Dia juga meminta saya membeli akaun itu sekiranya inginkan semula. Saya tetap berkeras kerana dia sudah mengaut untung yang daripada akaun itu.

    "Saya difahamkan setiap 'posting' membabitkan promosi produk di FB dikenakan bayaran mencecah RM500. Bayangkan kalau 50 kali dia melakukan perkara sama, berapa banyak dia dapat," katanya. Hafidz berkata akaun lama FB itu kini mencecah 200,000 likes. Mengenai isu dengan pengasas produk itu, Hafidz beranggapan ia sekadar salah faham dan mereka sudah menyelesaikan perkara itu. 

    "Saya mahu tindakan individu itu dihentikan segera. Saya tak nak lebih ramai lagi orang tertipu. Dia sebenarnya mengambil kesempatan dengan menggunakan nama saya. "Kalau masih berterusan, saya tak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Tapi buat masa sekarang saya masih cuba berunding dengan individu itu," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: FB Diambil Alih, Hafidz Roshdi Dibebani Masalah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top