My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 November 2016

    Gajet Wajib Ada!


    Tabiat melayari Internet dan mengambil gambar ‘selfie’ dan ‘wefie’ sinonim dengan Gen Y masa kini, jadi tidak hairanlah jika kebeanyakan mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon pintar. 




    Terdapat pelbagai model telefon pintar di pasaran namun model rangkaian Samsung, Siri Galaxy J adalah pilihan tepat yang wajib dimiliki peminat gajet. Antara model dalam siri J yang mungkin menarik minat anda kerana kelebihanya adalah J2 Prime, J5 dan J7

    Telefon pintar pertama 

    Model Galaxy J2 Prime sesuai untuk mereka yang masih mencari-cari telefon pintar dengan bajet minimum. Meskipun menawarkan harga mampu milik, telefon pintar itu tetap mengutamakan kualiti dengan adanya paparan skrin bersaiz 5.0 qHD yang pasti memberi lebih kepuasan ketika melayari Internet.

    Di samping itu, model telefon pintar berkenaan juga dilengkapi kamera 5 megapiksel (MP) f2.2 dengan sokongan lampu LED bagi menghasilkan gambar lebih jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Reka bentuknya pula kukuh dan selamat digenggam jadi telefon pintar ini memang berbaloi untuk dimiliki!

    • Harga: RM499
    • Warna: Perak, hitam dan merah jambu

    Pelayar internet tegar

    Galaxy J5 salah satu model telefon pintar dalam rangkaian Siri J dan paling sesuai untuk mereka yang kemaruk melayari media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram kerana dilengkapi mod Ultra Data Saving (UDS).

    UDS dapat memampatkan data secara efisien selain menjimatkan penggunaan sehingga *50 peratus ketika menonton YouTube dan *60 peratus semasa melayari Instagram. Paparan 5.2 inci HD Super Amoled juga akan memberi anda keseronokan hiburan tanpa henti ketika menggunakan peranti berkenaan ditambah dengan tempoh sedia bateri yang lebih lama.

    • Harga: RM 799
    • Warna: Emas, hitam dan putih

    Geng ‘wefie’

    Detik indah bersama rakan atau insan tersayang amat bermakna jadi rakam dan simpan semua foto ‘wefie’ bersama mereka dengan telefon pintar Samsung Galaxy J7 Prime.

    Setiap keping gambar yang diambil juga tidak akan mengecewakan malah lebih jelas kerana kamera depannya dilengkapi lensa f1.9 malah lebih lancar tanpa gangguan dengan adanya RAM 3GB selain dapat menyimpan 16,000 foto wefie berbekalkan memori berkapasiti 32GB yang boleh ditingkatkan sehingga 256GB.

    Bukan setakat itu, lebih ramai individu boleh dimuatkan dalam gambar dengan adanya sokongan ‘wide selfie’. Jadi, tiada lagi istilah ‘crop’!
    • Harga: RM 1,199
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gajet Wajib Ada! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top