My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 27 November 2016

    Ikon Revolusi Cuba Meninggal Dunia





    Pemimpin revolusi Cuba yang membina sebuah negara komunis berhampiran Amerika Syarikat (AS) selama lima dekad, Fidel Castro meninggal dunia kelmarin pada usia 90 tahun. Kesihatan pemimpin itu merosot sejak beliau menghidap sakit usus yang hampir meragut nyawanya pada tahun 2006. 

    Keadaan kesihatannya yang semakin buruk mendorong Castro menyerahkan kuasa pemerintahan Cuba kepada adik lelaki­nya, Raul Castro dua tahun kemudian. Tampil memakai sera­gam lengkap tentera, Raul mengumumkan kematian abangnya dalam satu ucapan di kaca televisyen negara itu.

    “Pada pukul 10.29 malam (kelmarin), Ketua Komander Revolusi Cuba, Fidel Castro Ruz telah meninggal dunia,” katanya tanpa memberitahu punca kematian pemimpin tersebut. Mayat Castro akan dibakar, kata Raul sebagai memenuhi permintaan mendiang.

    Castro memerintah Cuba selama 49 tahun dan bertahan lebih lama daripada sembilan Presiden AS termasuk John F. Kennedy dan Ronald Reagan. Beliau dilahirkan di Biran, timur Cuba pada 26 Julai 1926. Semasa usia remaja lagi, Castro bencikan jurang tinggi antara golongan miskin dan kaya di negaranya.

    Pemimpin itu yang kemudian menjadi seorang peguam bertindak menentang pemerintahan diktator Cuba, Fulgencio Batista. Selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan, Castro kembali ke Cuba bersama 80 pejuang revolusi pada akhir 1956 sebelum menawan ibu kota Cuba, Havana pada Ja­nuari 1959.

    Beliau menerima ancaman daripada AS berikutan cenderung kepada Kesatuan Soviet, namun dikagumi oleh pemimpin berhaluan kiri di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan sosialis Amerika Latin dan Afrika.

    Sepanjang pemerintahannya, Castro telah menangkis beberapa krisis penting termasuk pencerobohan AS di Bay of Pigs pada 1961 di samping cubaan berulang kali untuk membunuhnya. Perikatannya dengan Moscow mencetuskan Krisis Peluru Berpandu Cuba pada 1962, konfrontasi 13 hari dengan AS sehingga dunia nyaris menyaksikan perang nuklear buat kali pertama.

    Dalam pada itu, jalan-jalan di Havana kelihatan sepi selepas rakyat Cuba menerima berita sedih itu. “Saya berasa sedih. Beliau merupakan tokoh terkemuka yang disa­yangi dan dihormati,” kata seorang pelajar, Sariel Valdespino.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ikon Revolusi Cuba Meninggal Dunia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top