My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 21 November 2016

    Isteri Curang Kantoi Kerana "Melekat"



    Dalam sesuatu perhubungan, terutamanya hubungan suami isteri, perlakuan curang adalah satu perkara yang paling cuba dielak. Ini kerana, andai pasangan kita berlaku curang, bukan sahaja ianya menyebabkan tekanan mental yang hebat, malah besar kemungkinan ianya bakal meruntuhkan sesebuah hubungan dan institusi rumah tangga.

    Banyak kisah sudah kita dengar berhubung pelakuan curang masing-masing. Pelbagai reaksi dan kesan dipaparkan akibat kes curang seperti ini. Malah, ada yang bertindak lebih ekstrim apabila bertindak menyeksa pasangan masing-masing akibat perasaan amarah yang cukup hebat.

    Di Nairobi, Kenya, seorang isteri dan skandalnya berhadapan dengan kejadian yang cukup memalukan akibat perlakuan curangnya. Dia didapati "melekat" dengan pasangannya ketika mereka sedang melakukan hubungan seks. Kejadian itu berlaku ketika suami wanita berkenaan sedang berada diluar daerah untuk menguruskan perniagaan mereka.

    Menurut laporan, si suami sebenarnya sudah mengesyaki si isteri berlaku curang dibelakangnya. Cuma dia tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mengesahkan dakwaannya.

    Ketika kejadian, pasangan berkenaan sedang asyik dilamun asmara sehinggalah kemaluan pasangannya tidak dapat ditarik keluar dan terus melekat. Akibat tidak mampu menahan kesakitan, dan tidak mampu untuk melepaskan diri, mereka menjerit meminta tolong.

    Mendengar jeritan pasangan berkenaan, jiran-jiran si isteri kemudiannya memecah masuk kerumah berkenaan untuk membantu mereka. Bagaimanapun, jiran-jiran mangsa terkejut apabila melihat pasangan berkenaan melekat dalam keadaan bogel di katil. Keadaan bertambah kecoh apabila orang ramai mula berkumpul di rumah itu untuk melihat apa yang berlaku.

    Sebaik sahaja si suami wanita itu tiba setelah dihubungi oleh jirannya, si suami mengarahkan pasangan berkenaan dibawa kerumah bomoh di perkampungan berkenaan. Disinilah baru diketahui bahawa apa yang telah berlaku adalah arahan daripada si suami kepada bomoh berkenaan untuk membolehkan rahsia kecurangan isterinya terbongkar.

    Si suami telah meminta bomoh berkenaan menyihir isterinya untuk memastikan, mana-mana lelaki yang menyentuh atau menyetubuhi isterinya melekat dan tidak mungkin dapat melepaskan diri melainkan si suami itu sendiri membawa wanita dan pasangannya bertemu dengan bomoh yang menyihir wanita berkenaan.

    Menurut laporan lagi, akhirnya pasangan berkenaan dapat dipisahkan. Malang bagi kedua-dua mereka, walaupun dapat dilepaskan, mereka tidak terlepas daripada menerima hukuman dari penduduk kampung serta suaminya. Namun begitu, laporan berkenaan tidak menyebut nasib pasangan berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Isteri Curang Kantoi Kerana "Melekat" Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top