My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 November 2016

    Jangan Cepat Buat Kesimpulan



    Semua pihak tidak seharusnya terburu-buru membuat kesimpulan mengenai usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rak­yat semalam. 

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, banyak proses yang perlu dilalui sebelum ia sampai ke peringkat untuk mengundi bagi menyokong pindaan melibatkan RUU 355 itu atau sebaliknya.

    “Soal undi untuk menyokong atau tidak RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pada sidang Dewan Rakyat ketika ini tidak timbul. Jika diterima sekali pun usul itu, ia masih tidak akan dibahaskan kerana sebarang pindaan adalah dalam bidang kuasa kerajaan.

    “Sebarang langkah ke arah penerimaannya memerlukan beberapa langkah lagi diambil dan ia sama sekali tidak dapat dilaksanakan pada sidang yang berlangsung hari ini (semalam),” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Cepat Buat Kesimpulan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top