My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 November 2016

    Kes Ibrahim Ali, Mahathir Anti Demokrasi?





    Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang akan mengubah status Perkasa dari sebuah NGO kepada parti politik untuk membolehkan beliau membawa Perkasa bertanding pada PRU ke 14 nanti, reaksi balas yang ditunjukkan oleh Tun Dr Mahathir, sudah boleh dijangka.

    Semalam, Mahathir dalam satu kenyataan, berang dengan keinginan Ibrahim Ali untuk membawa Perkasa bertanding pada PRU 14 nanti. Beliau dilaporkan berkata, Ibrahim Ali dan ahli Perkasa sepatutnya menyertai Parti Pribumi Bersatu, bukannya berhasrat meletakkan calon di 50 kerusi Parlimen seperti yang dilaporkan.

    Ujar Mahathir lagi, Ibrahim Ali seolah-olah memberikan satu peluang terbaik buat Barisan Nasional memenangi PRU 14 nanti memandangkan ianya mungkin akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru di semua 50 kerusi itu nanti. Ini jelas bertentangan dengan hasrat Mahathir untuk melihat pertandingan 1 lawan 1 antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

    Persoalannya, kenapa perlu Mahathir melatah dengan hasrat Ibrahim Ali yang juga merupakan sahabat rapat beliau? Bukankah Mahathir sendiri menyatakan bahawa sistem demokrasi negara perlu disuburkan dengan pertandingan sihat dan terbuka? Justeru dimana salah Ibrahim Ali untuk membawa Perkasa bertanding pada PRU 14 nanti?

    Tidak pernah dalam sejarah mana-mana negara di dunia ini melarang mana-mana pihak untuk bertanding dalam satu-satu pilihan raya. Keputusan berkenaan adalah dari pucuk kepimpinan mana-mana parti sebagai tanda sistem demokrasi itu subur. Namun lain pula halnya dengan Mahathir.

    Beliau tidak mahu mana-mana pihak bersaing dengan partinya atau apa jua pendapatnya kerana beliau merasakan, politik adalah miliknya seorang tanpa boleh disertai oleh sesiapa pun, waima sahabat rapatnya sendiri. Kegilaan politik apakah yang diamalkan oleh Mahathir sehingga menyekat Ibrahim Ali dan Perkasa bertanding kelak?

    Inikah yang dinamakan oleh Mahathir dan pengikutnya sebagai kematangan politik? Sistem demokrasi telah membenarkan mana-mana pihak untuk bertanding dan paling utama, sistem politik negara bukan berkiblatkan kepada Mahathir semata-mata sampai sanggup menidakkan hak Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bertanding.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kes Ibrahim Ali, Mahathir Anti Demokrasi? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top