My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 21 November 2016

    Ketua, 14 Pengikut Syiah Ditahan



    Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan 15 individu termasuk ketua kumpulan Al-Ansar Imam Mahdi yang disyaki penganut fahaman Syiah di dua lokasi di negeri ini semalam. Kesemua mereka ditahan dalam serbuan pada pukul 11 malam hingga 3.30 pagi di sebuah inap desa di Umbai, Jasin dan sebuah premis perniagaan kafe siber di Telok Mas, Melaka Tengah. 

    Mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 52 tahun. Kesemua yang ditahan disyaki pengikut ajaran Syiah yang menggerakkan kumpulan Al-Ansar Imam Mahdi atau kumpulan ‘penolong’ Imam Mahdi bagi mengembangkan ajaran tersebut.

    Dalam serbuan sama, JAIM menemui 15 kanak-kanak berusia antara sebulan hingga 14 tahun yang turut bersama kumpulan berkenaan kerana mengikuti ibu bapa masing-masing.

    Menurut sumber, ketua gerakan Al-Ansar Imam Mahdi berusia 42 tahun dan mendakwa berasal dari Kedah ditahan di Umbai manakala seorang lagi penggerak kumpulan sama berusia 41 tahun ditahan di kafe siber miliknya di Telok Mas.

    “Daripada 29 orang yang diperiksa, 10 daripada mereka membabitkan tujuh lelaki dan tiga perempuan mengaku berasal dari Melaka manakala selebihnya mendakwa mereka dari beberapa negeri lain,” kata sumber itu selepas serbuan itu semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ketua, 14 Pengikut Syiah Ditahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top