My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 21 November 2016

    Regata Sarawak Mendapat Sambutan Warga Sarawak, Pelancong




    Hari terakhir Regata Sarawak Ke-144 dan Festival Tebingan Kuching 2016 terus mendapat sambutan meriah daripada kalangan warga Sarawak dan pelancong luar. Malah, kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin memeriahkan lagi suasana hari terakhir temasya sukan air popular di negeri ini. 

    Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Muda Pengangkutan Darat dan Udara dan Keselamatan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan Datu Len Talif Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan tetamu kehormat lain.

    Antara acara sukan air seperti Brooke Swim turut diadakan pada penganjuran kali ini di mana ia menyaksikan penambahan satu lagi kategori iaitu bagi orang kurang upaya (OKU). Selain itu, Pertandingan Menangkap Itik yang disertai 29 orang peserta turut diadakan untuk menangkap 30 ekor itik yang dilepaskan ke Sungai Sarawak.

    Antara kategori dipertandingkan pada sebelah pagi termasuk Bidar 15 Pekayuh Lelaki (Antarabangsa), Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki IPTA/IPTS (Tempatan), Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Antarabangsa), Bidar 30 Pekayuh Lelaki (Tempatan), Bidar 15 Pekayuh Lelaki (Antarabangsa). 

    Acara perlumbaan diteruskan pada sebelah petang bagi kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki (Antarabangsa), Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Antarabangsa), Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki IPTA/IPTS (Antarabangsa), Bidar 30 Pekayuh Lelaki 1KM(Tempatan), Kenyalang Campuran 15 Lelaki + 5 Wanita (Antarabangsa), Bidar 30 Pekayuh Lelaki 1 (Tempatan) dan Bidar 30 Pekayuh Lelaki (Antarabangsa).

    Sambutan Regata Sarawak-Festival Tebingan Kuching 2016 diadakan sejak 11 November lalu dan berakhir hari ini. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Festival Makanan yang disempurnakan oleh isteri Abang Johari, Datin Amar Datuk Juma’aini Tuanku Bujang.

    Turut diadakan, demonstasi masakan selain persembahan kebudayaan dan kesenian. Sebanyak 34 gerai dibuka yang menjual makanan basah, makanan kering, industri kecil dan sederhana dan menu antarabangsa selain 100 buah gerai diwujudkan bagi menjual hasil kraf tangan, tekstil, hasil rimba, seramik, aneka kraf serta logam dari dalam dan luar negeri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Regata Sarawak Mendapat Sambutan Warga Sarawak, Pelancong Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top