My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 28 November 2016

    Rosberg Juara Dunia Baru F1


    Impian Nico Rosberg untuk merangkul gelaran juara dunia Formula Satu (F1) musim ini akhirnya menjadi kenyataan meskipun menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada perlumbaan pusingan terakhir di Grand Prix (GP) Abu Dhabi malam tadi. 

    Podium kedua nyata sudah cukup buat pelumba Jerman itu untuk menjulang kejua­raan tersebut selepas terpaksa berputih mata dalam dua musim sebelum ini.

    Dalam saingan penuh dramatik tersebut, meskipun perlumbaan tersebut dikuasai Lewis Hamilton dengan menamatkan per­lum­baan ditempat pertama, ia tidak memadai untuk memintas rakan sepasukannya daripada Mercedes AMG Petronas, Rosberg dengan ke­lebihan 385 mata.

    Hamilton yang memerlu­kan kemenangan di Litar Yas Marina dan mengharap Rosberg gagal menamatkan perlumbaan bagi mengekalkan kejuaraan dunia buat kali ketiga berturut-turut bagaimanapun tidak kesampaian apabila sekadar me­ngutip 380 mata selepas mencatat masa terpantas 1 jam 47.213 saat (s).

    “Sudah lama saya tunggu kejuaraan ini dan akhirnya ia menjadi milik saya. Ia perlumbaan yang sukar kerana Sebastian Vettel dan Max Verstappen mengekori rapat dan cuba memintas pada pusingan-pusingan terakhir.

    “Saya tidak akan lupakan perlumbaan ini, terima kasih kepada semua, terutamanya kepada pasukan dan peminat yang menyokong saya sejak berada dalam perlumbaan ini. Begitu juga kepada bapa saya yang banyak memberikan sokongan.

    “Bagaimanapun, ia adalah satu cabaran hebat buat saya untuk merangkul kejuaraan ini selepas dua musim mencuba untuk me­rangkul kejuaraan ini. Ia bukan satu tugas yang mudah dan penantian saya selama ini akhirnya berjaya,” kata Rosberg sejurus tamat perlumbaan semalam.

    Pada perlumbaan itu, tempat ketiga menjadi milik pelumba Ferrari, Vettel meskipun dicabar hebat pelumba Red Bull, Verstappen yang sekadar di tempat keempat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rosberg Juara Dunia Baru F1 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top