My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 November 2016

    RUU Mengenai Grab Dan Uber Akan Dibentang Mac Tahun Hadapan




    Rang undang-undang untuk mengawal selia perkhidmatan Uber dan Grabcar dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac 2017. Perkaran ini disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong di mana beliau dilaporkan berkata, pada masa ini, kerajaan sedang dalam proses kajian bagi memuktamadkan rang undang-undang tersebut.

    Beliau berkata, hal ini kerana perkara tersebut bukan sahaja melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tetapi juga Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak.

    Sebelum ini, pihak SPAD hebat diserang oleh pennyedia dan pemandu perkhidmatan teksi di ibu negara kerana membantah penyediaan perkhidmatan Grab dan Uber yang didakwa telah menganggu operasi mereka.

    Di pihak SPAD, apa yang berlaku hari ini harus diselesaikan dengan cara yang terbaik tanpa menyulitkan keadaan yang sedikit sebanyak telah mencemarkan imej negara di manata dunia. Sebelum ini, pihak SPAD sentiasa mendengar segala rintihan dari pemandu teksi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas akibat perkhidmatan Grab dan Uber ini.

    Walaupun terdapat sedikit kekangan buat sementara waktu ini, pihak SPAD percaya, kerajaan akan menyediakan langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini dan diharapkan RUU mengenai Grab dan Uber yang akan dibentang pada Mac hadapan akan merungkai segala permasalahan yang melanda.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: RUU Mengenai Grab Dan Uber Akan Dibentang Mac Tahun Hadapan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top