My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 November 2016

    Suami Isteri Didakwa Curi Bayi




    Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari di Wad Kanak-Kanak, Hospital Tanah Merah pada minggu lalu. 

    Tertuduh, Ahmad Abdul Muizz Ab.Halim, 26, dan isterinya, Nur Rashedah Che Faizo, 23, bagaimanapun minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Hakim Dazuki Ali.

    Mengikut pertuduhan, Ahmad Abdul Muizz dan Nur Rashedah didakwa secara bersama-sama menculik seorang bayi perempuan yang belum diberi nama iaitu anak kepada Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, yang berumur lima hari daripada jagaan yang sah di sisi undang-undang iaitu pengarah Hospital Tanah Merah.

    Perbuatan itu dilakukan mereka di Wad 2 Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah, Kelantan pada pukul 6.47 petang, 15 November lalu. Jika sabit kesalahan, pasangan yang didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan dikenakan denda.

    Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Idham Abdul Ghani manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Idham tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan kesalahan jenayah yang dilakukan mereka adalah serius selain mendapat liputan luas media hingga menjadi viral di laman sosial.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suami Isteri Didakwa Curi Bayi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top