My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 November 2016

    Taktik Licik Sorok Syabu Dibongkar



    Taktik dua lelaki dengan menyorokkan dadah dalam bekas rokok dan gula-gula bagi memperdayakan pihak berkuasa tidak menjadi apabila mereka dicekup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kapa, Jalan Tuaran di sini kelmarin. 

    Dalam serbuan pada pukul 12.15 tengah hari itu, polis menemui 10.10 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM1,200 daripada kedua-dua suspek. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, dalam serbuan itu, polis terlebih dahulu menahan suspek pertama dan merampas satu bekas logam tertera tulisan jenama rokok Winston.

    Katanya, pemeriksaan mendapati, bekas rokok itu mengandungi lima peket plastik lutsinar disyaki berisi syabu seberat 5.10 gram. “Polis kemudian menahan seorang lagi suspek lelaki di belakang rumah tersebut.

    “Pemeriksaan ke atas beg sandang yang dipakai suspek kedua itu membawa kepada penemuan satu bekas logam bertulis jenama gula-gula Doublemint yang mengandungi tiga peket plastik berisi syabu seberat 5.10 gram,” katanya di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Taktik Licik Sorok Syabu Dibongkar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top