My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 21 November 2016

    Tiada Lagi Hospital Di Aleppo





    Semua hospital di kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Aleppo tidak lagi berfungsi selepas beberapa hari menjadi sasaran tentera Syria, kata Lembaga Pengarah Kesihatan Syria dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

    Pemantau perang bagaima­napun berkata, masih ada beberapa hospital yang mampu menawarkan perkhidmatan perubatan. Penasihat Keselamatan Kebangsaan White House, Susan Rice berkata, Amerika Syarikat (AS) menyelar sekeras-keras­nya serangan udara terkini terhadap hospital-hospital dan menggesa Rusia, sekutu Pre­siden Syria, Bashar al-Assad mengambil menghentikan ke­ganasan tersebut.

    Serangan udara hebat berlaku bahagian timur bandar itu sejak Selasa lalu apabila tentera Syria dan sekutunya menyambung semula operasi serangan selepas berhenti selama seminggu.

    Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang beribu pejabat di Britain berkata, 48 orang termasuk lima kanak-kanak terbunuh di timur Aleppo kelmarin selepas berpuluh-puluh serangan udara, bom barel dan bedilan meriam.

    Susulan itu, jumlah mereka yang terbunuh akibat bedilan bom di Aleppo dan kawasan luar bandar sejak lima hari lalu meningkat kepada 180 termasuk 97 di timur bandar itu, tambah kumpulan pemantau tersebut.

    Pesawat perang, meriam dan helikopter terus membedil timur Aleppo kelmarin dengan sasaran kawasan padat dengan penduduk. Turut berlaku pertempuran hebat di daerah Bustan al-Basha, tambahnya.

    “Kemusnahan infrastruktur penting ini menyebabkan individu di kawasan dikepung termasuk kanak-kanak, orang tua serta wanita tidak dapat me­nerima kemudahan rawatan menyebabkan mereka mati,” kata Lembaga Pengarah Kesihatan Aleppo
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Lagi Hospital Di Aleppo Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top