My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 20 February 2017

    7 Pembunuh Jong-nam Diburu



    Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu tujuh lelaki Korea Utara yang disyaki menjadi perancang utama dalam kes pembunuhan pemimpin buangan Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu. 

    Bagaimanapun, PDRM mengesahkan empat daripada kumpulan yang diburu itu sudah meninggalkan negara ini pada hari sama selepas Jong-nam dibunuh. Tiga lagi suspek utama kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara iaitu Kim Jong-un belum dapat dikesan kedudukan mereka.

    Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, keempat-empat suspek yang sudah meloloskan diri dari negara ini didapati mema­suki Malaysia dalam tempoh 31 Januari hingga 7 Februari lalu.

    “Berdasarkan semakan, keempat-empat lelaki yang disahkan sebagai warga Korea Utara berdasarkan dokumen perjalanan mereka itu sudah meninggalkan Malaysia pada 13 Februari lalu,” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 7 Pembunuh Jong-nam Diburu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top