My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 10 February 2017

    Cemas Cincin Dah Pakai 4 Tahun Susah Tanggal



    Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila cincin yang sudah empat tahun dipakai sukar ditanggalkan menyebabkan jarinya membengkak, sejak kelmarin. Pada kejadian 4.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Ridzuan bergegas ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, di sini, semalam untuk mendapatkan bantuan selepas jarinya mula sakit. 

    Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Kinabalu Zico Mojib berkata, ketika kejadian, anggota sedang menjalankan aktiviti riadah petang terus bergegas memberikan bantuan sejurus melihat lelaki itu.

    Beliau berkata, pihaknya berusaha menggunakan benang untuk menarik keluar cincin yang sudah empat tahun dipakai di jari lelaki itu. Namun katanya, usaha itu gagal dan akibatnya terpaksa mengambil langkah untuk memotong cincin itu.

    “Kami terpaksa guna cara lain untuk selamatkan jari mangsa kerana khuatir keadaan semakin bengkak dan parah pada jarinya. Tanpa membuang masa tidak sampai 15 minit kami berjaya memotong cincin itu daripada jari lelaki terbabit serta segera memberikan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Sementara itu, Mohd Ridzuan ketika dihubungi berkata, cincin itu dipakai sejak empat tahun lalu, tetapi sukar ditanggalkan berikutan berat badan yang sentiasa berubah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cemas Cincin Dah Pakai 4 Tahun Susah Tanggal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top