My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 23 February 2017

    Disambar Sang Bedal



    Seorang remaja perempuan yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui mati dengan kesan gigitan buaya di Sungai Tapang Peking Baram, di sini, pagi semalam. Mayat Agnes Luang, 18, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.10 pagi pada jarak dua kilometer dari lokasi dia disambar buaya petang kelmarin. 

    Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya dikatakan mandi di sungai berkenaan sebelum mangsa tiba-tiba disambar reptilia itu sambil terkapai-kapai meminta pertolongan. Apabila Agnes lenyap dibaham buaya itu bersama arus sungai, ibunya memaklumkan kejadian kepada penduduk kampung yang kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, keadaan mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna, namun terdapat kesan gigitan buaya pada tubuhnya. Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke pusat operasi sementara sebelum dihantar ke Rumah Panjang Jampang untuk urusan pengebumian.

    “Pasukan SAR melancarkan operasi mencari mangsa selepas menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung yang melihat mangsa disambar buaya ketika mandi bersama ibunya jam 6.30 petang.

    “Jarak dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi ke lokasi kejadian mengambil masa dua jam dan perlu menggunakan jalan sungai,” katanya.

    Farhan berkata, operasi SAR yang dijalankan bersama pasukan polis Marudi ditamatkan sepenuhnya jam 12 tengah hari.

    Kematian Agnes itu adalah kejadian kedua berlaku dalam tempoh tiga hari di Sarawak selepas seorang lelaki yang hilang sejak Ahad lalu ketika keluar mencari kayu api ditemui mati akibat serangan buaya di Sungai Selayar Batang Paloh, Sibu. Mayat lelaki itu ditemui kelmarin dalam keadaan menyayat hati apabila separuh badannya hilang dipercayai diserang buaya itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Disambar Sang Bedal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top