My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 9 February 2017

    Enam Kepala Kongsi Gelap Dicantas



    Seorang Datuk Seri dan lima Datuk merupakan antara 114 individu mengetuai beberapa kumpulan kongsi gelap ditahan menerusi Ops Cantas Khas Jenayah Terancang yang dilakukan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Pe­rak dan Johor sejak 2015. 

    Kesemua ketua dan anggota samseng itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Kese­lamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan dan Seksyen 130W Kanun Keseksaan.

    Mengikut Seksyen 130V, individu yang ditahan didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang manakala Seksyen 130W pula individu yang ditahan itu didapati membantu kumpulan jenayah terancang. Empat daripada lima individu yang bergelar Datuk itu merupakan pemimpin politik manakala seorang lagi Datuk serta seorang Datuk Seri itu merupakan ahli perniagaan.

    Lelaki bergelar Datuk Seri itu merupakan ketua Geng 24 Pulau Pinang manakala seorang Datuk berkenaan me­rupakan ketua Geng 21 Japan. Empat lagi Datuk terbabit turut mempunyai peranan besar dalam kumpulan samseng Geng 360 Devan.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua 114 tangkapan itu dibuat berkaitan dengan kes-kes jenayah membabitkan penggunaan senjata api yang mencetuskan ke­gusaran masyarakat sejak tahun 2014.

    “Kesemua 114 lelaki yang ditangkap itu berusia 19 hingga 62 tahun dan mereka menganggotai beberapa geng samseng seperti Geng 360 Devan, Geng 04 Paper Kumar, Geng 04 Sungai Siput, Geng 21 Japan, Geng 24 Pulau Pinang, Geng William Pahang dan Geng Latino Dago,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Enam Kepala Kongsi Gelap Dicantas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top