My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 15 February 2017

    Jong-Nam Mati Diracun Di KLIA




    Abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mati dibunuh dengan racun oleh dua ejen wa­nita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. 

    Agensi berita, Yonhap yang memetik sumber kerajaan Korea Selatan di Seoul mendakwa, Kim Jong-nam, 45, yang me­rupakan anak sulung kepada bekas Pemerintah Tertinggi Korea Utara, mendiang Kim Jong-il mati dibunuh kelmarin.

    Jong-nam dilaporkan telah diracun dengan jarum oleh dua ejen wanita tidak dikenali ketika berada di KLIA, demikian menurut stesen televisyen Korea Selatan, TV Chosun. Stesen televisyen berkenaan memetik beberapa sumber kerajaan sebagai berkata, kedua-dua wanita itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian de­ngan menaiki sebuah teksi.

    Sementara itu di Malaysia, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Se­nior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, mengesahkan lelaki Korea Utara yang meninggal dunia di KLIA kelmarin ialah abang tiri kepada Pemimpin Tertinggi Korea Utara.

    Katanya, buat masa ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. “Polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

    Bagaimanapun, Jong-nam dipercayai mati dibunuh selepas diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan kemungkinan racun dari arah belakang oleh seorang wanita. “Selepas dia diterkap wanita berke­naan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.

    “Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan me­ninggal dunia. “Saya telah maklumkan perkara ini kepada Kedutaan Korea Utara untuk maklumat susulan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jong-Nam Mati Diracun Di KLIA Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top