My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 14 February 2017

    Khairy Beri Laluan Kepada Tunku Ismail, Annuar Musa



    MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akhirnya mengotakan janji apabila secara rasmi menarik diri daripada persaingan merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas tarikh tutup pengesahan pencalonan berakhir semalam. 

    Khairy sebelum ini menyatakan pendiriannya untuk tidak bertanding sekiranya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersetuju untuk bertanding merebut jawatan tersebut dan baginda mengesahkan pencalonannya semalam.

    Rentetan itu menyaksikan Khairy melunaskan janjinya untuk tidak bersaing dan meninggalkan jawatan tersebut menjadi rebutan antara Tunku Ismail dan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang telah mengesahkan pencalonan pada 6 Februari lalu.

    “Kalau Tunku Ismail hendak bertanding, tiada gunanya untuk saya berada di sana. Saya ada banyak perkara lain yang perlu dilakukan,” kata Khairy kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Johor Petroleum Development Corporation Bhd.

    (JPDC) di Putrajaya semalam. Sementara itu, seorang lagi calon untuk jawatan berkenaan, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat yang sebelum ini dianggap antara calon layak menerajui badan induk bola sepak negara juga mengambil tindakan sama menarik diri daripada pertandingan tersebut.

    Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan secara rasmi bahawa kedua-dua tokoh itu mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding.

    “Daripada empat nama yang menerima pencalonan, dua daripada mereka telah menarik diri iaitu Khairy Jamaluddin dan Aseh (Che Mat). Mengenai alasan kenapa mereka mengambil keputusan tersebut adalah lebih baik mereka yang memaklumkan sendiri kepada media,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Khairy Beri Laluan Kepada Tunku Ismail, Annuar Musa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top