My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 February 2017

    Koperal PGA Buat Gila



    Seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menyer­tai Ops Wawasan mencetuskan ketakutan orang ramai apabila dia secara tiba-tiba mengamuk dan melepaskan kira-kira 60 das tembakan rambang di empat lokasi di sempadan Perlis-Thailand di sini kelmarin. 

    Suspek berpangkat koperal berusia 35 tahun dan daripada Batalion 1 PGA, Briged Utara itu sepatutnya mengakhiri tugasnya menjaga sempadan Malaysia-Thailand di Perlis semalam sebelum bergerak pulang ke briged di Ulu Kinta, Perak bersama pasukannya.

    Satu sumber berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.30 petang dan melibatkan laluan sepanjang kira-kira tujuh kilometer bermula dari Pos PGA BKC 7 sehingga ke Pos PGA PB 11.

    Pos PGA BKC 7 merupakan markas taktikal PGA yang mengawal sempadan manakala Pos PGA PB 11 merupakan pos kecil di bawah Pos PGA BKC 7. Sumber itu memberitahu, semasa sedang bertugas di Pos PGA BKC 7, suspek yang berasal dari Mambang Di Awan, Perak itu dikatakan mula melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata M16.

    Pos PGA BKC 7 semasa kejadian dikatakan mempunyai lebih 20 anggota PGA yang juga terlibat dalam operasi sama. Selepas kehabisan peluru, suspek didakwa merampas M16 milik rakan setugasnya di situ.

    Bersama M16 yang dirampas, suspek kemudian menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC menuju ke kawasan kebun getah dan melepaskan tembakan kedua secara rambang di kawasan itu. Dari kawasan kebun getah, sumber itu memberitahu, suspek berpatah balik dan menuju ke Pos PGA PB 11 dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah tiang lampu di situ.

    “Dari Pos PGA PB 11, suspek yang seolah-olah meracau singgah pula di sebuah kolam yang menjadi tarikan kaki pancing di Kampung Kolam dan mengacukan senjata api ke arah dua orang awam di situ,” cerita sumber itu lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Koperal PGA Buat Gila Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top