My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 16 February 2017

    Mayweather Nafi Setuju Lawan McGregor



    Floyd Mayweather menafikan khabar angin dia bersetuju untuk bertarung dengan bintang seni mempertahankan diri Conor McGregor, menegaskan dia tetap dengan keputusan bersara. Bekas peninju dari Amerika Syarikat berusia 39 tahun itu menulis dalam akaun media sosial Instagram semalam, memberitahu peminat mengenai pendiriannya.  

    “Ada beberapa khabar angin tersebar akhir-akhir ini di media tapi biar saya berterus-terang, tidak ada sebarang perjanjian dibuat mengenai pertarungan antara saya dan peninju lain. Saya gembira bersara dan menikmati kehidupan saat ini. Jika ada sebarang perubahan, sudah tentu saya orang pertama yang akan memberitahu anda.”

    Kenyataan Mayweather mungkin ikhlas dan mungkin tidak. Beberapa kali sebelum ini dia mengumumkan pertarungan itu adalah yang terakhir buatnya sebagai jalan untuk cuba menjual lebih banyak tiket.

    Kemungkinan pertarungan antara peninju Mayweather dan McGregor semakin jelas apabila bos Ultimate Fighting Championship, Dana White menyatakan beliau akan membayar setiap atlet AS$25 juta (RM111 juta).

    White, presiden jenama seni mempertahankan diri campuran UFC yang mana McGregor dari Ireland antara bintangnya, membayangkan dalam komennya di saluran radio Fox bahawa kedua-duanya akan bertarung di gelanggang tinju bukannya oktagon UFC.

    Mayweather, yang bersara pada 2015 dengan rekod sempurna 49-0, dianggap antara peninju terhebat sepanjang zaman. McGregor tidak pernah bertarung aksi tinju profesional.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mayweather Nafi Setuju Lawan McGregor Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top