My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 February 2017

    Parah Ditetak Rakan



    Seorang lelaki cedera parah akibat ditetak menggunakan senjata tajam selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai makan, di sini. Menurut sumber, kejadian itu dipercayai membabitkan beberapa individu yang juga rakan mangsa yang menyerang mangsa dalam keadaan mabuk.

    “Mangsa dipercayai berselisih faham dengan rakannya sebelum mereka bergaduh. Akibat pergaduhan itu, mangsa diserang dengan senjata tajam dipercayai parang hingga mengakibatkan dia cedera parah di bahagian kepala dan tangan,” katanya.

    Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan kecemasan. “Tidak dapat dipastikan sama ada pergaduhan itu membabitkan kumpulan kongsi gelap atau sebaliknya namun gambar kecederaan pada mangsa menjadi tular di media sosial,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu. “Kami dimaklumkan kejadian itu (pergaduhan) memang berlaku, namun tiada sebarang laporan polis dibuat sama ada daripada mangsa mahupun pemilik kedai berkenaan.

    “Bagaimanapun usaha polis mendapatkan keterangan daripada mangsa sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Parah Ditetak Rakan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top