My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 February 2017

    #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Kelapan Dan Kesembilan



    Memasuki hari kesembilan dan kesepuluh kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu, kemeriahan pilihan raya kecil ini semakin dirasai. Pada hari kesembilan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menghadiri majlis perasmian Medan Selera Lundu yang telah diilhamkan oleh Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, tahun lalu.

    Medan selera yang menghimpunkan kira-kira 30 peniaga makanan dan kira-kira lebih 100 pelanggan pada satu-satu masa ini merupakan pembinaan semula gerai-gerai makanan yang sebelum ini dilihat agak berterabur di sekitar pekan kecil Lundu. Berikut merupakan corat coret kempen hari kesembilan dan kesepuluh Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu.

    1. Ketibaan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak ke Lundu pada jam 10.30 pagi nyata cukup ditunggu-tunggu oleh warga Lundu dan kawasan sekitarnya. Majlis berkenaan juga turut dihadiri oleh sebilangan besar ADUN-ADUN BN di seluruh negeri Sarawak.

    2. Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak turut menjamu selera di sebuah gerai di sini dan menikmati makanan Sarawak.

    3. Minat Perdana Menteri kepada pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United terserlah apabila dalam keadaan beliau bergegas untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul Taqwa Lundu, beliau sempat membelek sebuah komputer riba yang mempunyai logo pasukan berkenaan. Reaksi beliau nyata mengundang senyuman dikalangan petugas media di sini.

    4. Buat pertama kali setelah 6 hari perjalanan kempen Pilihan Raya, daerah Lundu menerima hujan yang agak lebat pada sebelah petang. Namun begitu, ianya tidak menghalang petugas media membuat liputan aktiviti sebelah petang terutamanya majlis yang dihadiri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Shabery Cheek.

    5. Permulaan hari kesembilan di Daerah Lundu menyaksikan pesta Chap Goh Mei diadakan dengan agak besar-besaran. Ianya dimulakan dengan perarakan Tarian Naga di hampir semua kedai di daerah Lundu sebelum ianya berhenti rehat dan disambung kesebelah petang dan malam.

    6. Hujan masih berterusan turun di DUN ini dengan menyaksikan beberapa aktiviti terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

    7. Harapan penduduk di DUN Tanjong Datu untuk menerima liputan internet yang lebih menyeluruh nampaknya semakin menjadi kenyataan apabila Datuk Jailani Johari mengumumkan pembinaan 70 menara kompak dan 13 menara telekomunikasi akan dimulakan tidak lama lagi.

    8. Medan selera yang dirasmikan oleh Perdana Menteri semalam terus menerima kunjungan orang ramai termasuk beberapa VIP yang dilihat menjamu seleran disini. Rata-ratanya memuji masakan yang disediakan di sini sebagai menepati selera orang ramai.

    9. Pesta Tarian Naga di Daerah Lundu ini masih berterusan sehingga kemalam walauun hujan lebat turun di Daerah ini.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Kelapan Dan Kesembilan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top