My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 14 February 2017

    #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Kesebelas



    Memasuki kempen hari kesebelas, gerakan kempen Barisan Nasional semakin diperhebatkan. Kehadiran Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ke Lundu semalam nyata menerbitkan harapan tinggi untuk kebanyakan sekolah yang masih berada pada gred C di Sarawak untuk di baik pulih atau dibina semula.

    Malah, buat pertama kalinya, anak Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, Azizl Anuar Adenan menunjukkan ketokohannya apabila beliau menyampaikan ucapan yang disifatkan ramai orang, persis seperti Allahyarham bapanya.

    Sehinggakan, seorang penduduk etnik Iban di sini sanggup meredah kesesakan ramai hanya untuk bersalam dengannya sambil berkata, gaya beliau berucap sama seperti Allahyarham Tok Nan sambil menitiskan air mata. Berikut merupakan corat coret hari kesebelas, kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu.

    1. Hari sebelas di sini boleh diibaratkan sebagai hari paling sejuk di Lundu. Ini kerana, boleh dikatakan, langsung tidak kelihatan cahaya matahari di sini akibat cuaca hujan dan mendung sepanjang hari. Malah, cuaca berkenaan berterusan sehingga ke malam.

    2. Daerah Sematan yang menjadi antara tarikan utama pelancong di sini dipenuhi ramai pengunjung hanya untuk menyaksikan kecantikan pantainya walaupun hari kesebelas di sini jatuh pada hari Isnin.

    3. Penduduk di Telok Melano dikhabarkan terputus hubungan dengan pekan terdekat, Sematan apabila keadaan laut bergelora dengan ombak setinggi 4 meter dilaporkan berlaku. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca hujan dan keadaan laut bergelora akan berlaku sehingga Sabtu ini dan amat merbahaya buat perahu-perahu kecil.

    4. Keadaan perairan menuju ke Telok Melano ini agak sedikit membimbangkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilaporkan ingin menghantar peti undi kesana. Namun menurut SPR, mereka mempunyai pelan alternatif bagi mengatasi masalah ini dan pada masa yang sama, mereka berharap, keadaan cuaca dalam masa terdekat akan kembali reda bagi membolehkan urusan SPR berjalan lancar.

    5. Ramai yang menjangkakan Pekan Lundu akan dinaiki air akibat hujan sepanjang hari. Namun ketika melakukan pemerhatian, memang terdapat peningkatan air di Sungai Lundu namun ianya tidak melimpah kedaratan.

    6. Gunung Gading yang menjadi mercu tanda di Lundu buat pertama kalinya tidak menerima sebarang kunjungan daripada pendaki akibat cuaca buruk. Keadaan ini kebiasaannya berlaku setiap kali musim hujan melanda kawasan ini.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Kesebelas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top