My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 9 February 2017

    Projek BRT KL - Klang, Satu Lagi Projek Pengangkutan Awam Untuk Rakyat




    Masih ingat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia telah membuka tender kepada mana-mana pengendali bas untuk membida projek BRT Kuala Lumpur - Klang bulan lalu? Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah itu BRT Kuala Lumpur - Klang dan apa manfaatnya kepada rakyat sekitar Lembah Klang?

    Melalui Transformasi Pengangkutan Awam Darat negara dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pihak kerajaan bakal melancarkan projek BRT Kuala Lumpur - Klang dimana projek ini akan menghubungkan Klang dan Kuala Lumpur melalui satu laluan "elevated" khas yang hanya digunakan oleh bas - bas tertentu.

    Melalui projek ini, ia akan mengurangkan masa perjalanan daripada Pusat Bandaraya ke Klang daripada 70 minit ketika ini kepada hanya 40 minit kelak. Projek ini dianggar memberi manfaat kepada lebih 1.9 juta orang penduduk sekitar Lembah Klang dan di ramal akan memberi perkhidmatan kepada lebih 400 ribu orang penumpang pada satu-satu masa.

    Jika dilihat dari positif projek ini, projek BRT KL - Klang ini akan membawa banyak kebaikan kepada rakyat dari segi penggunaan kenderaan awam. Malah, andai perkhidmatan ini digunakan sepenuhnya, ianya dijangka mampu mengurangkan kadar kesesakan lalulintas antara pusat Bandaraya dan Klang.

    Persoalanya, adakah pembangkang akan mensabotaj projek ini seperti yang mereka lakukan kepada projek MRT? Untuk ini, sudah pasti ianya akan dilakukan kerana projek ini akan melalu jajaran negeri yang dikuasai oleh pembangkang iaitu Selangor. Malah, antara cabaran utama untuk membangunkan projek ini adalah isu pengambilalihan tanah yang mana kerajaan negeri menguasai bahagian ini.

    Pastinya akan cuba mensabotaj segala projek yang ingin dibangunkan oleh kerajaan kerana bagi mereka jika kerajaan berjaya, mereka bakal kehilangan undi di Selangor. Ini suatu perkara yang tidak boleh berlaku. Bagi pembangkang, semua isu di Malaysia dijadikan isu politik bagi mereka.

    Namun begitu, pengalaman pelbagai pihak terutamanya SPAD dalam membina MRT dari Sungai Buloh ke Semantan mungkin boleh jadi pemangkin kepada kejayaan projek mega ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Projek BRT KL - Klang, Satu Lagi Projek Pengangkutan Awam Untuk Rakyat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top