My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 7 February 2017

    Siri 2 : Kenapa Proton Masih Gagal Saingi Perodua?

    Umum sedia maklum, selain Proton Holding berhad, Perodua merupakan saingan utama Proton dalam industri automotif negara. Seperti Proton, Perodua juga diiktiraf sebagai salah sebuah pengeluar kereta nasional di mana Perodua lebih menumpukan segmen kereta kompak berbanding Proton yang menjadi "raja" kereta sedan.

    Umum sedia maklum bahawa Proton beroperasi secara rasmi pada Julai 1985 dengan Perodua hanya memulakan operasi pada tahun 1993, setelah 8 tahun Proton beroperasi tanpa ada sebarang saingan di dalam negara. Di awal penubuhan Perodua, mereka hanya menumpukan kepada kereta kancil dengan menggunakan 4 gear manual berbanding Proton yang pada ketika itu sudah mula memperkenalkan Proton Wira.

    Pada ketika ini, Proton sedang berada di puncak dan Perodua di lihat terkial-kial untuk menembusi pasaran tempatan. Apa yang menariknya, kedua-dua pengeluar kenderaan ini menjalinkan kerjasama dengan kuasa automotif dari Jepun dengan Proton bekerjasama dengan Mitsubishi Motor manakala Perodua pula menjalinkan kerjasama dengan Daihatsu.

    Hari demi hari, tahun demi tahun, Proton dilihat semakin hari semakin menuju kepada kejatuhannya. Berlainan pula dengan Perodua, jenama ini semakin hari semakin mengukuhkan cengkamannya dan hari ini, Perodua merupakan pemain utama industri kereta kompak di Malaysia dengan hanya bersandarkan kepada model Myvi semata-mata. Dimana silapnya?

    Jika kita selusuri kejatuhan Proton, semuanya bermula sewaktu pengurusan Proton melakukan pembaziran yang ketara dalam beberapa pelaburan yang mereka buat. Bermula dengan kesilapan memilih rakan kongsi dan mengabaikan Mitsubishi sebagai rakan tunggak mereka sejak 1985, sehinggalah melakukan tindakan bodoh membeli MV Agusta yang langsung menterjebakkan Proton kekancah hutang sehingga kini.

    Bagi Perodua pula, kesetiaan mereka kepada Daihatsu disamping menjalinkan kerjasama strategik dengan Toyota telah menjadikan Perodua mampu membina imej dan jualan yang kosisten di Malaysia. Paling utama, pengurusan Perodua langsung tidak mencampuri urusan politik dalam pengurusannya dan hanya mementingkan kualiti agar ianya diterima oleh rakyat Malaysia.

    Paling ketara, antara kelemahan Proton adalah khidmat selepas jualan dimana rata-rata pengguna Proton melahirkan perasaan tidak puas hati dengan khidmat yang disediakan oleh Proton. Begitu juga kualiti aksesori yang dipasang pada kereta Proton yang ada ketikanya menyebabkan pembeli mengeluh akibat sering berhadapan dengan kerosakan.

    Tidak pasti di mana puncanya namun harus akui, antara penyumbang utama kepada kejatuhan Proton adalah disebabkan kegagalan mereka mengawal kualiti yang ada pada kereta mereka. Berlainan dengan Perodua, kualiti kenderaan mereka sentiasa dijaga dan paling utama, khidmat selepas jualan sentiasa diutamakan.

    Satu lagi faktor yang mungkin patut di ambil kira adalah mentaliti rakyat Malaysia itu sendiri. Umum mengetahui, majoriti rakyat Malaysia hari ini lebih memberi kepercayaan kepada kereta yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat dari negara Jepun. Lihat sahaja bagaimana jualan kereta Honda, Toyota, Mitsubishi, Isuzu dan lain-lain lagi yang sentiasa kosisten walaupun keadaan ekonomi menunjukkan kelembapan.

    Langkah Perodua untuk kekal menjalinkan kerjasama dengan Daihatsu serta hubungan strategik dengan Toyota nyata mampu mengekalkan kualiti kereta yang mereka hasilkan. Bagi Proton pula, keinginan dan keegoan mereka untuk bebas dari sebarang kerjasama dengan pihak luar nyata telah memakan diri mereka sendiri.

    Justeru, tidak hairanlah bagaimana Perodua mampu menongkah arus tanpa mengambil kira apa jua situasi ekonomi bagi terus menjana keuntungan berterusan tanpa mengharapkan apa-apa bantuan khusus dari kerajaan. Bagi Proton, jika tanpa bantuan berterusan dari kerajaan yang kini dianggarkan telah mencecah RM 14.5 bilion, mungkin sahaja Proton sudah boleh dianggap sebagai satu lagi projek Tun Dr Mahathir yang gagal seperti PKFZ dan juga Perwaja Steel.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siri 2 : Kenapa Proton Masih Gagal Saingi Perodua? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top