My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 9 February 2017

    Siri 3 : Kejatuhan Proton Hasil Kesilapan Percaturan Atau Campurtangan Politik?



    Melihat kepada keadaan Proton hari ini, bolehlah dianggap, Proton sedang mengalami zaman kejatuhannya untuk kali kedua dalam tempoh 10 tahun. Cukup menghairankan bagaimana sebuah syarikat koglemerat yang dianggap sebagai sebuah syarikat gergasi tanahair, boleh mengalami zaman suram yang langsung tidak dapat diterima akal.

    Siapa dapat menyangka, zaman kegemilangan Proton pada pertengahan 1990an sehingga awal tahun 2002 gagal diteruskan sehingga kini. Walaupun pihak pengurusan Proton telah melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton, namun ianya masih gagal melonjakkan jenama Proton di pasaran dalam negara. Malah, Proton turut gagal menembusi pasaran antarabangsa sehingga kini.

    Sebenarnya, jika kita lihat strategi pembelian Lotus di England, antara hasrat utama Proton adalah menjadikan model enjin Lotus sebagai panduan dalam membina sendiri enjin dan teknologi dari anak tempatan. Malah, pembelian Lotus juga merupakan antara langkah strategik proton dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa dengan Britain dijadikan hub pengedaran Proton di rantau Eropah.

    Tidak tahu dimana silapnya, Proton hanya mampu mengaplikasikan model enjin Campro yang sehingga kini masih belum mampu kekal tahan lasak seperti model enjin Mitsubishi yang dipasang pada model Saga, Satria, Iswara, Wira, dan Waja (peringkat awal). Malah, hasrat Proton menggunakan imej Lotus di pasaran Eropah juga turut gagal.

    Satu ketika dahulu, Proton pernah cuba mengeksport model Wira Aeroback 1.6 auto yang diberinama Persona ke pasaran Britain. Malah, model Iswara dan Satria juga pernah dihantar kesana. Namun disebabkan kegagalan Proton mempromosikan kereta berkenaan, hanya beberapa buah sahaja yang berjaya di jual. Malah, rancangan sitkom Mr Bean sendiri memperolokkan kereta Iswara ini.

    Melihat kepada kegagalan ini, Proton hanya menumpukan pasaran kereta mereka ke Singapura, Brunei dan Indonesia sahaja tanpa berhajat mahu meluaskan lagi pasaran kereta Proton diluar dari lingkup ASEAN. Strategi ini sebenarnya telah memakan diri apabila jualan luar negara tidak mampu untuk meningkatkan jualan Proton sejak 2005.

    Memang agak menghairankan, kenapa Proton langsung tidak pernah menjana keuntungan sedangkan jika dilihat kepada pengeluaran, kesemuanya berasaskan tempatan dan hanya kurang dari 3 peratus sahaja diimport? Lebih menyedihkan, Proton terpaksa menagih bantuan kerajaan untuk sekurang-kurangnya 7 kali yang telah memakan belanja lebih RM 14.5 bilion secara keseluruhannya.

    Jika dilihat dari segi ini, antara perkara yang harus diberi keutamaan Proton adalah konsep pemasaran mereka yang cukup lemah. Perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan vendor yang boleh kita anggap sebagai hak milik mutlak kroni tanpa memperdulikan status vendor berkenaan. Bayangkan, ada diantara vendor berada dalam kategori C tetapi menjadi vendor utama Proton.

    Tidak hairanlah apabila ada diantara kereta Proton, baru sahaja keluar kedai dua hari sudah terbengkalai lebih seminggu. Disinilah Proton telah menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap model tempatan ini.Lebih mendukacitakan, dikalangan pengurusan Proton itu sendiri bukanlah seorang yang benar-benar menghargai Proton. Sebaliknya mereka melihat Proton sebagai lubuk duit segera.

    Proton juga gagal menangani rungutan pelanggan dengan cukup berkesan. Proton pernah menyasarkan untuk memperbaiki indeks kepuasan pelanggan mereka dari tangga tercorot ke tangga kelima senarai pengedar kereta di Malaysia dalam tempoh 5 tahun, kira-kira tiga tahun lalu. Namun, dengan ketiadaan konsep dan penyelarasan yang rapi, impian berkenaan dilihat semakin berkubur.

    Bagi sebuah pengeluar kereta tempatan, mereka perlu memandang bagaimana Perodua menjana perniagaan mereka. Keseriusan setiap orang yang ada di Perodua nyata membantu model berkenaan kekal bertahan walaupun hasil jualan utama mereka bergantung kepada Myvi dan Alza. Merek tidak perlu mengeluarkan sehingga 7 model serentak tetapi menumpukan kepada kepuasan pelanggan.

    Disamping itu, Perodua cukup serius dalam setiap produk yang dihasilkan oleh para vendor mereka bagi memastikan kerosakan kepada kereta baru mereka berada dalam keadaan paling minima. Tidakkah Proton berasa malu yang Perodua sehingga kini tidak pernah menagih simpati kerajaan untuk menyelamatkan mereka seperti yang dilakukan oleh Proton sejak lebih 20 tahun lalu?

    Bersambung...
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siri 3 : Kejatuhan Proton Hasil Kesilapan Percaturan Atau Campurtangan Politik? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top