My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 9 February 2017

    Tengku Amir Shah Presiden Baru FAS?



    Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kini dikatakan calon pilihan untuk menerajui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selepas Exco FAS menerima peletakan jawatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 26 Januari lalu. 

    Tengku Amir, 26, yang sebelum ini menyuarakan pandangan supaya rombakan perlu dilakukan dalam barisan Exco organisasi berkenaan bagaimanapun masih belum menyatakan pendirian mengenai cadangan pelbagai pihak supaya beliau mengambil alih teraju FAS.

    Menurut Exco FAS Abd Rauf Ahmad, ada cadangan daripada ahli gabungan yang mahukan Tengku Amir mengambil alih kerusi dikosongkan itu namun saingan merebut jawatan tertinggi FAS masih terbuka. “Kalau melihat kepada cadangan sebelum ini, sebilangan besar ahli gabungan mahu Raja Muda Selangor menjadi presiden baru FAS tapi kita tidak tahu sama ada beliau berminat atau tidak. 

    “Buat masa ini kami juga tak tahu jika ada calon lain yang akan dicalonkan ahli gabungan bagi jawatan itu pada EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) nanti.

    “Jika dilihat situasi ini lebih kurang sama seperti pencalonan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail (Sultan Ibrahim) yang sebelum ini tidak menyatakan pendirian untuk bertanding jawatan Presiden FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia),” katanya kepada media.

    Akhbar semalam melaporkan FAS bersedia melakukan rombakan besar barisan Exco selepas mereka bersetuju mengadakan pemilihan bagi semua jawatan pada EGM 23 Februari ini. Ini susulan Exco FAS menerima peletakan jawatan Azmin yang menyatakan hasrat untuk berbuat sedemikian menerusi kenyataan media pada 30 Disember lalu.

    Rauf yang kini pengurus Red Giants berkata, kesediaan Exco FAS untuk menerima gesaan ahli gabungan bagi pemilihan baru membuktikan sikap keterbukaan mereka. “Sepatutnya pemilihan diadakan tahun depan tapi disebabkan presiden sudah meletakkan jawatan, jadi majoriti ahli gabungan mahu mengadakan pemilihan baru bagi semua jawatan.

    “Ini membuktikan FAS terbuka dan menerima cadangan serta harapan disuarakan ahli gabungan. Jika ini untuk kebaikan FAS dan bola sepak Selangor maka kami bersedia mengadakan EGM,” katanya. Ahli gabungan FAS boleh mengemukakan nama calon untuk bertanding jawatan dalam Exco FAS sebelum 16 Februari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tengku Amir Shah Presiden Baru FAS? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top