My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 February 2017

    Terdapat Peruntukkan Undang-Undang Tidak Membenarkan Dego Beroperasi



    Syarikat yang menjalankan perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride diingatkan untuk tidak mencabar kerajaan dengan mendakwa tiada peruntukkan undang-undang yang menghalang untuk menawarkan khidmat tersebut. 

    Mengulas tentang hal ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kerajaan mempunyai undang-undang khas terhadap pihak yang menjalankan Dego Ride. Beliau berkata, di bawah Akta Pengangkutan Seksyen 23 memperuntukkan lesen motorsikal tidak boleh membawa penumpang bagi tujuan komersial.

    Beliau juga menambah, di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Seksyen 16 dan 47 turut memperuntukkan perkara yang sama dan kenderaan yang ingin dikomersialkan perlu mendapatkan lesen dari pihak SPAD.

    Justeru, timbul persoalan, di mana asasnya dakwaan syarikat yang menyediakan perkhidmatan Dego Ride yang menyatakan, kerajaan tidak mempunyai Rang Undang-Undang yang boleh menyekat mereka dari meneruskan operasi? Bukankah apa yang diperkatakan Datuk Seri Liow berkenaan menunjukkan, memang terdapat undang-undang yang menghalang usaha Dego Ride ini?

    Dalam perkembangan yang sama, Datuk Seri Liow turut mengarahkan pegawainya untuk sentiasa peka dengan perkhidmatan Dego Ride ini dan akan mengenakan tindakan terhadap sesiapa yang menggunakan perkhidmatan ini.

     Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan teknik penyamaran dan menangkap serta mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang menggunakan Dego Run. Ini kerana perkhidmatan ini tidak boleh digunakan kerana tidak mendapatkan lesen yang sah. Pihak kementerian juga katanya, tidak menghalang penggunaan motorsikal, tetapi kita tidak setuju dengan "mode of transportation" di atas faktor keselamatan.

    Dengan penjelasan Menteri pengangkutan ini, jelas sama sekali perkhidmatan ini tidak boleh dilakukan walau apa jua alasan. Pihak syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini harus mengambil kira keselamatan penumpang dan penunggang kerana perkhidmatan yang mereka lakukan sekarang adalah tidak sah disisi undang-undang dan membahayakan nyawa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Terdapat Peruntukkan Undang-Undang Tidak Membenarkan Dego Beroperasi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top