My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 9 February 2017

    Tiga Budak Timbul Lepas Solat Hajat



    “Tidak lama selepas kami menunaikan solat hajat dan membaca Yasin...mayat ketiga-tiga mangsa timbul. Sedangkan sebelum ini, kami gagal mencari mereka sejak jam 7 malam,” kata Ketua Kampung Karambunai Baru, Killi Jaafar, 58. 

    Dalam kejadian jam 10.45 malam kelmarin, tiga kanak-kanak lelaki berusia tujuh hingga 10 tahun ditemui lemas di sungai Kampung Karambunai Baru. Mayat dua beradik, Mukrim Laja, 10, dan Azran, 8, serta rakan mereka, Ryzanieezal Norizal, 7, ditemui terapung oleh penduduk kampung berkenaan di muara sungai terbabit.

    Menurut Killi, selepas mengetahui kehilangan tiga kanak-kanak itu, 100 penduduk Kampung Gayang dan Kampung Karambunai Baru berusaha mengesan mereka. “Bagaimanapun, kami gagal mencari mangsa sejak memulakan operasi jam 7 malam hingga jam 10 malam. Penduduk kemudian membuat keputusan menunaikan solat hajat dan membaca Yasin.

    “Alhamdulillah, mayat mereka timbul tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurut Killi, berdasarkan cerita penduduk kampung, Mukrim dan Azran tidak bersekolah, mereka berkawan baik dengan Ryzanieezal yang belajar di sekolah rendah, di sini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Budak Timbul Lepas Solat Hajat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top