My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 February 2017

    Trump Mula Operasi Tangkap PATI



    Pihak berkuasa Ame­rika Syarikat (AS) menangkap beratus-ratus pendatang tanpa izin (PATI) dalam serbuan besar-besaran kali pertama di bawah Pre­siden Donald Trump pada minggu lalu sekali gus mencetuskan suasana panik dalam kalangan komuniti imigran di seluruh AS. 

    Agensi Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen (ICE) menahan individu-individu tanpa dokumen pengenalan diri yang sah di Atlanta, Austin, Chicago, Los Angeles, New York dan bandar-bandar lain, dua minggu selepas Trump menandatangani perintah eksekutif bertujuan untuk me­ngusir PATI. ICE bagaimanapun meng­anggap operasi berskala besar itu sebagai rutin.

    “Tumpuan operasi ini tiada beza daripada rutin biasa se­perti yang dilakukan oleh Pa­sukan ICE pada setiap hari,” kata jurucakap agensi itu, Jennifer Elzea.

    Ketua operasi ICE di Los Angeles, David Marin pula berkata, kira-kira 160 PATI telah ditangkap di kota raya negeri California itu. “Sekitar 75 peratus daripada mereka pernah disabitkan dengan kesalahan kecil,” ujar Marin sambil menambah, sebahagiannya ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

    Seramai 37 imigran tanpa dokumen sah juga telah diusir ke Mexico setakat malam Jumaat lepas. Menerusi perintah eksekutif yang ditandatangani pada 25 Januari lepas, Trump memberi keutamaan untuk mengusir PATI lelaki yang disabitkan atau didakwa atas kesalahan jenayah termasuk jenayah kecil.

    Operasi itu turut diadakan di Austin, Texas yang menempatkan 100,000 PATI. Seorang individu merakam tangkapan itu, manakala klip videonya menjadi tajuk muka depan akhbar dan mencetuskan demonstrasi.

    Wakil rak­yat Parti Demokrat di Texas, Joaquin Castro mengesahkan operasi itu yang menyasarkan golongan PATI. Kali terakhir ICE mengadakan operasi pembersihan ialah pada Mac 2015 melibatkan tangkapan 2,059 pendatang tanpa izin yang dianggap berbahaya kepada keselamatan orang ramai.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump Mula Operasi Tangkap PATI Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top