My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 15 February 2017

    Trump, Trudeau ‘Tidak Sebulu’



    Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau gagal mencapai kata sepakat tentang isu layanan terhadap pelarian apabila mereka muncul di khalayak kelmarin. Kedua-dua pemimpin itu mengelak daripada mengkritik satu sama lain secara langsung selepas pertemuan mereka di White House. 

    Namun, Trudeau jelas tidak sehaluan berhubung tindakan Trump mengharamkan pelarian dan pelawat dari tujuh negara berpenduduk majoriti Islam daripada memasuki AS. Trump mempertahankan sekatan imigresen kontroversinya sebagai ‘munasabah’ dan tidak menolak apabila ditanya sama ada dasar buka pintu Kanada turut mengancam AS.

    “Anda tidak boleh yakin sepenuhnya,” kata Trump ketika ditanya mengenai isu sempadan di utara AS itu sebelum bermegah dengan tangkapan imigran oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS. Sejak beberapa hari lalu, jabatan itu melancarkan operasi menangkap be­ratus-ratus pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh AS.

    “Kami sebelum ini menerima orang yang merupakan penjenayah (PATI), sesetengahnya penjenayah berat tetapi kami kini mengusir mereka,” kata Trump.

    Namun, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia berkata, pihak berkuasa itu turut menyasarkan PATI yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Mengulas isu sama, Trudeau berkata, Kanada akur bahawa antara tanggungjawab utama sebuah kerajaan adalah untuk menjaga keselamatan rakyatnya. 

    “Namun, pada masa yang sama, Kanada juga membuka pintu kepada pelarian tanpa menjejaskan keselamatan negara,” katanya.

    Pendirian berbeza Trump dan Trudeau menjadikan jurang antara dua negara berjiran itu sukar untuk ditangani. Trump melabel pelarian Syria sebagai bakal pengganas tetapi Trudeau menerima mereka dengan tangan terbuka.

    Selepas menjalin hubungan baik dengan bekas Presiden AS, Barack Obama, pemimpin muda Kanada itu tiba di Washington untuk berbaik dengan Presiden AS berusia 70 tahun itu. Trudeau ialah pemimpin luar ketiga yang disambut Trump sejak beliau mentadbir AS pada 20 Januari lalu selepas lawatan Perdana Menteri Britain, Theresa May dan kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump, Trudeau ‘Tidak Sebulu’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top