My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 14 February 2017

    Tunggu Analisis


    Keputusan muktamad mengenai bilangan syarikat yang berminat menjadi rakan kongsi strategik asing (FSP) dan bekerjasama dengan PROTON Holdings Berhad (PROTON), dijangka diketahui selepas Rabu ini. 

    Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, selain syarikat dari China, beberapa syarikat dari Eropah turut berminat untuk menjalin kerjasama dengan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM), syarikat induk PROTON bagi membangunkan kereta nasional itu.

    “Bukan saja syarikat dari China yang berminat, tetapi banyak lagi syarikat dari Eropah turut menghantar cadangan untuk menjadi FSP PROTON. Syarikat yang berminat perlu menghantar cadangan mereka sebelum 15 Februari ini dan selepas tarikh itu, DRB-HICOM akan membuat analisis dan keputusan,” katanya ditemui pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Rekreasi Cheras di sini, semalam.

    Beliau berkata, tahun lalu, PROTON mengalami kerugian RM1.4 bilion dan kerajaan tidak boleh terus membiarkan syarikat pengeluar kereta nasional itu berlarutan mengalami kerugian setiap tahun. 
    “PROTON sudah berusia 32 tahun dan terus mengalami kerugian, kemungkinan besar ada benda yang perlu kita betulkan atau pasaran kita tidak cukup besar.

    “Jadi kita perlu cari rakan strategik yang mapan supaya dapat teroka pasaran lebih besar. Contohnya, syarikat Peugeot turut menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama,” katanya. Menurutnya, seperti syarikat dari China yang menjadi FSP Volvo dan menjual berjuta kereta di luar negara adalah perkara yang perlu dicontohi.

    “PROTON bukan lagi milik kerajaan, tetapi milik swasta, jadi biar mereka (DRB-HICOM) menentukan siapa FSP yang boleh membawa PROTON ke luar negara.

    “Kerajaan tidak berhasrat untuk mempunyai sebarang kepentingan dalam syarikat berkenaan dan kita perlu akui PROTON mengeluarkan kereta berkualiti, tetapi mempunyai masalah dalam menghasilkan jumlah jualan kenderaannya,” katanya.

    Katanya, PROTON mempunyai 10,000 kakitangan dan jika terus kerugian akan menambah masalah kepada nasib pekerja nanti. “Apabila terus kerugian, tiada bonus dan kenaikan gaji untuk kakitangan, jadi biarlah mereka cari FSP untuk tambah nilai pelaburan, sekali gus membesarkan perniagaan ke luar negara.

    “Dalam isu berkaitan PROTON ini, kita kena ketepikan soal sentimental kerana jika dibiarkan ia akan terus mengalami kerugian dan menambah masalah kepada negara,” katanya. Baru-baru ini, DRB-HICOM mengeluarkan kenyataan yang ia tetap akan mengekalkan pegangan ekuiti yang besar dalam PROTON dan pendirian itu tidak berubah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tunggu Analisis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top