My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 10 February 2017

    Video : Lajunya Markus Stockl...



    Lelaki warga Austria memecahkan rekod dunia bagi kelajuan menuruni gunung batu kelikir menggunakan ‘mountain bike’ atau basikal bukit di Gurun Atacama di sini. Markus ‘Max’ Stockl, 42, memecahkan rekodnya sendiri apabila mencatat kelajuan 167.6 kilometer sejam ketika menuruni cerun di Gurun Atacama, 13 Disember lalu. 

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Red Bull semalam, Stockl mengambil masa 11 saat dan 650 meter untuk mencapai kelajuan maksimum 167.6 kilometer sejam itu pada cerun dengan sudut 45 darjah.

    Max berkata, walaupun tempoh berbasikalnya itu kurang 20 saat, ia tetap meletihkan. 'Walaupun anda tahu ia lebih cepat 10 atau 15 kilometer sejam berbanding latihan sebelum itu, apabila berdiri di atas puncak gunung sambil melihat ke bawah dengan perasaan sangat terharu adalah satu detik yang sangat beremosi," katanya.

    Pada 2011, Stockl mencatatkan rekod dunia menuruni gunung berapi Cerro Negro di Nicaragua dengan kelajuan 164.95 kilometer sejam.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Video : Lajunya Markus Stockl... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top