My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 February 2017

    Vikander Ganti Jolie


    Selepas menamatkan kisahnya 14 tahun lalu, siri filem Tomb Raider kembali memperkenalkan jalan cerita segar yang lebih mengetengahkan pengembaraan Lara Croft sewaktu zaman muda. Namun, kali ini watak Lara yang pada asalnya dibintangi Angelina Jolie diserahkan kepada pelakon jelita Sweden, Alicia Vikander. 

    Filem ‘reboot’ Tomb Raider ini bakal menemui peminat pada Mac tahun depan dan baru-baru ini, beberapa gambar Vikander beraksi ketika penggambaran di set dikongsi di media sosial. Vikander dalam satu temu bual menjelaskan, filem itu menampilkan kisah tersendiri dan berbeza dengan siri Tomb Raider lakonan Jolie.

    “Saya difahamkan filem ini berdasarkan permainan video Tomb Raider tahun 2013. Ini menandakan cerita filem ini asli sepenuhnya dan penonton dapat mengenali sisi lain Lara dengan lebih mendalam lagi,” katanya.

    Bercerita lanjut, pelakon berusia 28 tahun itu turut memberitahu pernah bermain permainan video Tomb Raider sewaktu remaja. “Seperti orang lain di seluruh dunia, saya turut teruja mendapati wanita menjadi watak protagonis utama permainan video.

    “Pada mulanya, saya agak takut bermain Tomb Raider dan terpaksa berehat seketika apabila bermain permainan itu,” katanya.

    Vikander turut menerima sokongan kuat daripada pelakon suara permainan video Tomb Raider, Camilla Luddington yang tidak sabar menanti filem itu ke layar perak. Lakonan Vikander dalam filem The Danish Girl bersama Eddie Redmayne pada 2015 melayakkannya menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Academy Awards ke-88, tahun lalu.

    Sementara itu, Dominic West diumumkan sebagai bapa Lara iaitu Lord Richard Croft. Richard bukan saja pakar arkeologi dan aristokrat tetapi juga adalah kunci utama dalam kisah mitos Tomb Raider. Ini bukan kali pertama West menjadi bapa kepada Vikander dan pernah membawa watak itu dalam drama Testament of Youth pada 2014.

    Dalam filem Tomb Raider, baru-baru ini, Lara mengikuti jejak bapanya sebagai ahli arkeologi. Filem pertama Tomb Raider lakonan Jolie ialah Lara Croft: Tomb Raider pada 2001 diikuti Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life pada 2003.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Vikander Ganti Jolie Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top