My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 6 March 2017

    Siti Kassim Jauh Lebih Pengecut Dari Disangka




    Minggu lalu, antaraperkara yang hangat diperkatakan oleh ramai pihak adalah tindakan Siti Kassim dan Asiah Abdul Jalil yang mencabar Ustaz Zakir Naik untuk berdebat berhubung isu-isu agama Islam secara terbuka.

    Tidak cukup dengan itu,19 individu termasuk pengerusi kumpulan Hindraf P Waythamoorthy dan Siti Kasim sendiri memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi Dr Zakir. Mereka mendakwa pendakwah dari India itu boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

    Melihat kepada tindakan melampau kumpulan liberal yang bertopengkan Islam ini terhadap tokoh Maal Hijrah tahun 2013 ini, ramai dikalangan umat Islam di negara ini bangkit mengecam tindakan biadab kumpulan ini. Ramai yang beranggapan, tindakan biadab mereka ini jelas mencabar Rukun dan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama anutan rasmi negara.

    Tindakan Siti Kassim dan Asiah yang mencabar Ustaz Zakir Naik berdebat, pantas mendapat reaksi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahya yang bertindak menghubungi sendiri Ustaz Zakir. Hasilnya, beliau bersetuju untuk berdebat dengan dua orang manusia yang bertopengkan Islam ini dengan apa jua syarat yang ditetapkan oleh kedua-duanya.

    Namun begitu, diberitakan, malam tadi menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Kassim dan Asiah, mereka dilaporkan menolak sebarang debat diadakan antara mereka dengan Ustaz Zakir. Tidak pula dinyatakan punca penolakan berkenaan namun diberitakan, Siti Kassim mahu menumpukan usaha menyaman kerajaan Malaysia berhubung kemasukan Ustaz Zakir ini.

    Memang agak melucukan melihat cara Siti Kassim dan Asiah Abdul Jalil yang berdolak dalik ketika Ustaz Zakir sudah menyatakan persetujuan dan mematuhi setiap syarat yang ditetapkan oleh kedua-dua wanita berkenaan. Kenapa tiba-tiba menolak sebarang debat diadakan sedangkan sebelum ini, mereka begitu lantang mencabar debat ini di adakan?

    Adakah mereka bimbang, Islam celup liberal bawaan mereka akan dilondehkan oleh Ustaz Zakir Naik secara umum dihadapan mereka yang begitu menginginkan debat berkenaan diadakan? Apa yang pasti, setelah meletakkan cabaran dan disahut pula cabaran berkenaan, mereka pantas melarikan diri dari medan perjuangan yang mereka buka.

    Bukankah tindakan seumpama ini boleh dianggap sebagai tindakan seorang pengecut yang lari dari medan pertempuran? Apa yang pasti, dalam hal ini, kredibiliti Siti Kassim dan Asiah Abdul Jalil kini sudah boleh dipersoalkan. Mencabar kemudian lari dari cabaran bukanlah satu tindakan seorang pejuang sebenar dan ianya telah dibuktikan oleh Siti Kassim dan Asiah Abdul Jalil.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siti Kassim Jauh Lebih Pengecut Dari Disangka Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top