My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 6 April 2017

    2 Penjahat Geng Mamak Ditembak Mati



    Dua penjenayah Geng Mamak yang dikenali sebagai Misai dan Ganesh mati ditembak selepas mereka cuba merempuh dan mencederakan polis dalam kejadian di Jalan Tanjung Rambutan-Tanah Hitam, Chemor dekat sini malam kelmarin. 

    Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, dua lelaki yang menaiki kereta Toyota Vios dalam keadaan mencurigakan melarikan diri sebaik cuba diperiksa sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah.

    Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, Ganesh dan Misai yang masing-masing berusia 30 hingga 50 tahun itu kemudian dikejar polis sejauh tujuh kilometer sebelum kereta dinaiki mereka terbabas di satu selekoh di Jalan Tanjung Rambutan-Tanah Hitam selepas dipintas kereta polis.

    “Pemandu kereta Toyota Vios melepaskan empat das tembakan manakala penumpangnya menghayun parang ke arah polis yang menghampiri mereka. “Sebagai tindakan, polis membalas tembakan tersebut dan menyebabkan dua lelaki itu maut,” kata beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 2 Penjahat Geng Mamak Ditembak Mati Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top