My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 13 April 2017

    Balasan Jenayah Rogol Ustazah



    Perbuatan keji seorang buruh binaan merogol seorang ustazah yang merupakan isteri orang berbalas selepas lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

    Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd. Rifaudin Che Azmi, 27, menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding yang dijadualkan untuk perbi­caraan kes semalam.

    Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 32 tahun selepas mengancamnya dengan menggunakan lawi ayam yang diletakkan di lehernya. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Pulai Chondong, Machang kira-kira pukul 8.30 malam pada 25 Oktober 2012. 

    Pendakwaan dijalankan me­ngikut Seksyen 376(2) (b) Kanun Keseksaan yang jika sabit ke­salahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nuri Abd. Rahman.

    Ahmad Nuri dalam rayuan­nya, memohon kepada mahkamah agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan berikutan tertuduh sudah insaf dan menyesal atas perbuatannya. Norazlinawati bagaimanapun meminta mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh berikutan perbuatan itu mengakibatkan mangsa yang berstatus isteri orang itu menjadi trauma.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Balasan Jenayah Rogol Ustazah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top