My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 10 April 2017

    Kamera Intai Dalam Kain Wanita



    Perbuatan jijik seorang lelaki yang kemaruk seks meletakkan kamera digital pada kasutnya untuk merakam video dalam kain seorang wanita terbongkar selepas tindakannya itu disedari orang ramai di tapak pasar tani di Jalan Langgar di sini kelmarin. 

    Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, suspek berusia 39 tahun dibelasah orang ramai yang menahannya selepas dikesan me­rakam video dalam kain seorang mangsa berusia 38 tahun. Difahamkan rahsia lelaki ber­kenaan pecah selepas kelakuannya yang mencurigakan dikesan pengunjung pasar tani itu. 

    Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani hanya menyedari kejadian itu selepas melihat suspek dipukul orang ramai berhampiran sebuah gerai menjual kuih.

    “Wanita itu kemudian dibe­ritahu oleh salah seorang pengunjung pasar tani bahawa suspek telah memasukkan kakinya di bawah kain mangsa untuk membuat rakaman video. Mangsa tidak menyedari perbuatan suspek tersebut sehingga dimaklumkan oleh orang ramai di situ,” katanya di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kamera Intai Dalam Kain Wanita Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top