My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 13 April 2017

    Keluarga Gempar Ular Tedung Masuk Rumah Awal Pagi



    Satu keluarga gempar pada awal pagi ini, apabila kediaman mereka di Lorong 1, Jalan Ixora di sini, dimasuki seekor ular tedung selar. 

    Jurucakap bomba berkata, dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei diketuai Sylvester Lenja bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja dihubungi oleh penghuni kediaman itu pada pukul 7.52 pagi.

    Katanya, tiba di tempat kejadian dalam tempoh 3 minit kemudian, anggotanya mendapati terdapat seekor ular tedung selar sepanjang kira-kira 1 meter berada dalam rumah tersebut.

    “Anggota bomba bertindak menangkap ular tersebut menggunakan penjerut ular. “Operasi ditamatkan setelah ular berjaya ditangkap dan keadaan kediaman itu selamat,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini. Tambahnya, ular tersebut kemudian dilepaskan ke habitat asal.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Keluarga Gempar Ular Tedung Masuk Rumah Awal Pagi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top