My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 11 April 2017

    Pemain Badminton Negara Tak Konsisten



    RENTAK kurang konsisten para pemain badminton negara menjadi faktor terhadap kegagalan mereka melakar kejayaan cemerlang pada kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2017 yang melabuhkan tirainya di Stadium Perpaduan, Kuching kelmarin. 

    Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak menafikan pihaknya berasa kecewa terhadap prestasi para pemain, lebih-lebih lagi apabila negara ini menjadi tuan rumah kepada kejohanan bertaraf lima bintang itu.

    “Saya lihat bahawa prestasi pemain kita tidak begitu konsisten. Contohnya, pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong boleh memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil dan pingat emas Siri Super Dunia 2016, tetapi tewas pada pusingan awal Terbuka Malaysia. Bagi saya, ini adalah soal konsistensi,” katanya.

    Khairy ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani penajaan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 antara Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) dan syarikat penerbangan AirAsia di Putrajaya semalam.

    Menurut Khairy, perkara tersebut harus dipandang serius dalam usaha untuk mencari barisan pemain berwibawa dalam arena sukan badminton. “Mereka sudah tunjukkan kepada kita bahawa mereka boleh menumpaskan pemain terbaik dunia dan pada masa sama mereka juga terlalu mudah ditewaskan seawal peringkat awal kejohanan.

    “Perkara ini memang agak mengecewakan, tetapi usaha melahirkan pemain yang konsisten harus menjadi agenda utama. Kita perlu memberikan perhatian untuk membangunkan pemain-pemain kita agar lebih berdaya saing,” ujarnya lagi.

    Kelmarin, pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada final acara perseorangan lelaki, sekali gus gagal memenuhi impiannya untuk melakar kejuaraan buat kali ke-12 pada Terbuka Malaysia.

    Turut menerima nasib yang sama, beregu lelaki negara, V Shem-Wee Kiong yang tersungkur seawal pusingan pertama termasuk beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pemain Badminton Negara Tak Konsisten Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top