My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 20 April 2017

    Pemandu Rempuh Kereta Positif Dadah


    Pemandu Toyota Hilux yang didapati positif dadah dalam kemalangan mengorbankan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dan isteri di Jalan Kupang-Baling, di sini, kelmarin, direman empat hari bermula semalam. 

    Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Izmi Ibrahim selepas dipohon polis mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. Suspek wanita berusia 37 tahun dari Jalan Kroh, di sini, tiba di pekarangan mahkamah jam 8.30 pagi dengan berpakaian lokap berwarna oren dan kedua-dua tangannya bergari sambil diiringi dua anggota polis.

    Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, polis mendapat perintah reman terhadap wanita itu yang juga jurujual sebuah pasar mini di Pulai, dekat sini, bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan sendiri.

    Beliau berkata, ujian saringan air kencing suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine. “Kami menahan suspek bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya. 

    Dalam kejadian jam 7.10 pagi kelmarin, Asisten Superintendan Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isteri, Suriya Ab Rahman, 37, yang juga guru Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri, di sini, maut selepas kereta dinaiki bersama empat anak mereka terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain ketika dalam perjalanan ke sekolah terbabit.

    Kejadian berlaku ketika Perodua Myvi dinaiki enam sekeluarga itu berhenti untuk memasuki simpang sebelum dirempuh Toyota Hilux dari belakang. Kereta berkenaan terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung Honda City.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pemandu Rempuh Kereta Positif Dadah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top